Fasha Sandha: Penceraian Jalan Terbaik Untuk Kedua Belah Pihak

Fasha Sandha: Penceraian Jalan Terbaik Untuk Kedua Belah Pihak

Fasha Sandha dan juga Jejai telah pun sah bercerai semalam. Bagi Fasha sendiri, keputusan untuk bercerai itu merupakan salah satu jalan terbaik untuk kedua dua belah pihak. Selain Fasha sendiri, Jejai juga turut sama menangis teresak-esak ketika meninggalkan mahkamah.

“Perceraian ini adalah jalan terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Saya sudah berusaha menyelamatkan perkahwinan ini. “Saya reda dan akan meneruskan kehidupan dengan dua anak saya. Saya tak ada komen apa apa. Terima kasih,” katanya kepada BH Online.

Fasha memfailkan permohonan cerai pada 18 Januari lalu di mahkamah sama. Permohonan itu difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984. Fasha dan Jejai mendirikan rumah tangga pada April 2012. (rtky/s)
SUMBER BERITA HARIAN

Wanita Jepun Ini Punyai Buuah Dada Yang Besar. Polis Lelaki 'Sengaja' Menahan Beliau. Dan Lihat Video Apa Yang Berlaku Selepas Itu !

Wanita Jepun Ini Punyai Buuah Dada Yang Besar. Polis Lelaki 'Sengaja' Menahan Beliau. Dan Lihat Video Apa Yang Berlaku Selepas Itu !

Menurut wanita itu, 'Mereka bagaikan sengaja menahan saya dan bawa saya ke balai. Setibanya di balai, salah seorang pegawai polis berlakon seolah-olah mengenali saya dan membawa saya ke pejabatnya!'

Terutama apabila petugas menyemak unjuran besar bahagian dadanya yang sangat ketara. Dia ditangkap selepas polis mendapat laporan penduduk adanya pengintip di tandas awam. Saat diperiksa, suspek memakai seluar ketat merah, skirt mini, kasut tumit tinggi dan topeng penutup mulut. Yang mencurigakan, dia memakai sepasang payudara dengan saiz yang sungguh besar.

Lelaki pelik itu memang boleh mengelirukan. Namun, tetap saja tidak boleh menutupi dirinya sebagai lelaki asli secara semulajadi. Dari laporan Asiaone, terungkap jika dia bernama Zhang.

Selanjutnya video di Wanita Jepun Ini Punyai Buuah Dada Yang Besar. Polis Lelaki 'Sengaja' Menahan Beliau. Dan Lihat Video Apa Yang Berlaku Selepas Itu !

Kepada polis, Zhang mengaku sudah beberapa kali melakukan penyamaran itu namun selalu berjaya. Polis tempatan sudah mengingatkan kepada kaum wanita agar lebih berhati-hati apabila menggunakan tandas awam. Sebelum ini, pada 2014 lalu, sebanyak 50 gambar perempuan di dalam tandas disebarkan di internet.

Sumber: akubersaksi

Bakal Suami Bagi Setiap Artis Wanita Seringakali di Kaitkan Dengan Seorang Lelaki Yang Kacak dan Bekerjaya. Namun Lain Pula Bagi Fara Fauzana. #respect

Lebih senang berdiam diri, kisah kehidupan peribadi pengacara dan penyampai radio terkenal, Fara Fauzana boleh dikatakan jarang sekali didedahkan di dada media.

Namun seiring dengan usia yang sudah memasuki angka 35, ramai peminat hiburan pastinya ingin tahu bilakah dia mahu mengakhiri zaman bujangnya.

Tanpa disangka menerusi siaran Melodi hari ini, Fara Fauzana akhirnya membuat pengakuan dia sudah pun mempunyai teman lelaki yang berjaya mengisi hatinya kini.
Bagaimanapun, Fara Fauzana atau mesra disapa FaFau lebih senang untuk tidak mendedahkan gerangan siapakah teman lelakinya itu.

FaFau juga berharap agar semua peminat dapat memahami dan mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Saya sangat private perkara sebegini walaupun dengan kawan sendiri.

“Saya wanita Melayu dan Islam, perlu jaga sedikit lebih. Saya juga lebih selesa untuk keep it to myself. Banyak hati yang saya perlu jaga.. family, bestfriend…

“Setiap orang impikan sesuatu yang baik. Saya harap anda doakan yang terbaik untuk saya dan juga orang di luar sana,” ujarnya.

Ok, sama-sama kita doakan moga hubungan yang terjalin antara FaFau dan pilihan hatinya dapat disatukan segera dalam satu ikatan sah.

Sumber: mynewshub
[Video] Kanak-Kanak Malaysia Direkrut Jadi Pejuang ISIS – Awasi Anak Anda!

[Video] Kanak-Kanak Malaysia Direkrut Jadi Pejuang ISIS – Awasi Anak Anda!

SATU kajian oleh Pusat Kajian Pew, yang berpangkalan di Amerika Syarikat, pada tahun lalu mendedahkan sekurang-kurangnya 11 peratus rakyat Malaysia bersimpati terhadap kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) dan peratusan itu lebih tinggi berbanding rakyat Indonesia (4 peratus) - negara dengan penduduk Islam paling ramai di dunia.

Dan ia terbukti, apabila di Malaysia telah pun menyaksikan penglibatan golongan muda Islam untuk turut serta berjuang di medan peperangan yang berlaku di Syria atas nama “jihad” dan “syahid”.

Terbaharu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan dua pengebom berani mati yang terbabit dalam kejadian serangan militan di Iraq dan Syria baru-baru ini adalah rakyat Malaysia.

Sementara, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Mohd Harun menyatakan sekurang-kurangnya lapan kanak-kanak Malaysia direkrut dan dilatih menjadi anggota kumpulan militan ISIS atau pengganas Daesh di beberapa kem di Syria dan Iraq.

Bukan itu sahaja, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Senior Asisten Komisen Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay sebelum ini turut mendedahkan bahawa terdapat dua kem latihan di Syria yang dikenal pasti merekrut dan melatih kanak-kanak dalam perjuangan kumpulan militan IS atau juga dikenali sebagai Daesh, yang mana difahamkan terdapat kira-kira 500 kanak-kanak mengikuti latihan di kem di negara berkenaan.

Melihat kepada senario tersebut, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar nyata tidak mahu membiarkan kumpulan militan ISIS ini terus ‘menyerang’ rakyat Malaysia khususnya dalam kalangan kanak-kanak apabila menyatakan bahawa pihaknya komited melakukan yang terbaik dan menjalankan langkah-langkah pencegahan awal bagi memantau dan menghentikan sebarang percubaan merekrut kanak-kanak menyertai kumpulan tersebut.

Persoalannya, sejauhmana tahap ancaman kumpulan ISIS di Malaysia yang kini dilihat menyasarkan golongan kanak-kanak sebagai ‘pelapis’ kumpulan radikal tersebut dapat diatasi?

ISIS Aktif Rekrut Golongan Muda Secara ‘Online’
Foto:Reuters

Sebelum ini pihak polis mendedahkan, sekurang-kurangnya 500 akaun Facebook yang dikenal pasti menjalankan aktiviti mempromosi, merekrut serta cubaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk berjuang di Syria.
Mengulas mengenai isu tersebut, Penolong Profesor Pusat Pengajian Politik, Sejarah dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Nottingham (Malaysia), Guy Burton berkata, kewujudan teknologi seperti Facebook, WhatsApp dan forum secara tidak langsung telah membantu masyarakat terpengaruh dengan fahaman radikal.

Menurutnya, kebanyakan individu yang ‘termakan’ dengan fahaman tersebut mempunyai rasa kecewa dan marah terhadap situasi semasa dalam negara, mahupun dunia sehingga mendorong mereka menyertai kumpulan pengganas.

“Memegang kefahaman radikal tidak semestinya perlu melakukan keganasan. Beberapa kajian telah menyatakan bahawa beberapa faktor yang menyumbang kepada kewujudan kefahaman radikal,” katanya kepada Malaysian Digest.

Tambah Burton, rakyat Malaysia juga tidak terkecuali berpotensi untuk terpengaruh dengan fahaman radikal yang dibawa oleh golongan ISIS dan ideologi tersebut menjadi ancaman dalam negara.

“Ini adalah sesuatu yang kebanyakan masyarakat sedang tanggani, bukan sahaja Malaysia. Contoh, serangan IS yang berlaku di Paris pada November dan San Bernardino, California pada bulan lepas. Kemudian ada serangan di Jakarta minggu ini, yang nampaknya telah dilakukan oleh individu tempatan yang didorong oleh IS di Syria,” jelasnya.

Malah katanya, serangan pengganas juga dipercayai mempunyai kaitan dengan perubahan satu-satu dasar luar yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan mereka sepertimana perang yang tercetus di Iraq pada 2003.

“Kerajaan di seluruh dunia menggunakan perkhidmatan perisikan dan keselamatan mereka (termasuk polis) sebagai cara untuk membendung dan menguruskan masalah ini. Kadang-kadang kita mendengar plot terbongkar sebelum apa-apa kejadian berlaku.

“Hanya sebahagian kecil kumpulan radikal yang bersedia untuk bertindak ganas, selebihnya adalah orang yang marah dan tidak berpuas hati. Lebih-lebih lagi dalam kalangan golongan muda, yang mempunyai idealisme berbeza pada dunia hari ini,” ujarnya.

Bagaimana Pendekatan Bagi Mengekang Penularan Dakyah Militan ISIS Menerusi Laman Sosial?

Mengambil contoh insiden yang berlaku di London yang berlaku pada Februari tahun lalu, membabitkan tiga pelajar perempuan yang dilaporkan hilang dan disyaki meninggalkan London untuk menyertai kumpulan militan IS, Burton menjelaskan bahawa penting untuk ibu bapa sentiasa berkomunikasi dan mengawasi gerak-geri anak-anak mereka terutamanya dalam kalangan remaja.

“Rakan (dan) keluarga perlu bercakap antara satu sama lain, untuk membincangkan apa yang sedang berlaku di dunia, perasaan mereka tentang hal itu, dan bagaimana mereka boleh membuat perbezaan tanpa perlu melakukan tindakan yang melampau.

“Dalam konteks ini, ibu bapa tidak banyak mengambil tahu dan berkomunikasi dengan anak-anak.

“Mungkin kanak-kanak perempuan merasakan mereka tidak mempunyai perbualan bersama ibu bapa mereka; mungkin ibu bapa mereka tidak menyangka anak-anak mereka terpengaruh dengan kumpulan terbabit, atau hanya menyangka bahawa dengan menyatakan sesuatu yang tidak boleh diterima (menyertai kumpulan pengganas) sudah mencukupi,” jelasnya yang juga merupakan bekas pelobi politik British.

Ibu Bapa – Awasi Anak Anda!

Dalam pada itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga tidak menafikan bahawa pengaruh militan ISIS di Malaysia adalah pada tahap yang membimbangkan dimana media sosial merupakan antara medium utama yang digunakan kumpulan militan tersebut memperluaskan ideologi mereka khususnya kepada kanak-kanak.
“Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka dengan baik termasuk memastikan apa kandungan internet yang dilayari oleh anak-anak mereka. Kita bimbang jika ibu bapa tidak mengawasi penggunaan internet, ia akan disalah guna.

“Kerajaan dan pihak jabatan agama perlu memberi penjelasan dan pandangan sebenar mengenai pengertian jihad supaya golongan muda tidak salah faham tentang erti “jihad” dan terpengaruh dengan seruan golongan ISIS,” katanya ketika dihubungi Malaysian Digest.

Musa juga tidak menolak kemungkinan bahawa segelintir rakyat Malaysia yang terlibat dalam kumpulan militan ISIS dipercayai telah dibiayai oleh pihak tertentu yang membolehkan mereka ‘mengembara’ ke Syria untuk tujuan menyertai kumpulan tersebut.

“Dan kerana itu pihak berkuasa perlu memeriksa semua rangkaian kewangan yang mencurigakan dari luar yang dimasukkan ke dalam negara.

“Ini penting untuk memastikan kita mengenalpasti sumber kewangan tersebut digunakan untuk tujuan yang betul,” katanya.

Semasa dibawah pentadbiran Musa, unit Operasi atau Anti Pengganas telah diubuhkan yang antaranya berfungsi untuk memerangi serta membendung ancaman berkaitan keganasan, jenayah terancang dan penggubahan wang haram, di samping menangani ancaman militan dan pengganas dari dalam dan luar negara.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Ahmad El-Muhammady turut menyarankan cadangan yang sama iaitu keluarga memainkan peranan utama dalam membendung remaja daripada menyertai kumpulan ISIS dengan mengajar mereka makna jihad sebenar dan memantau perubahan tingkahlaku mereka.

"Mereka boleh kesan perubahan pemikiran dan tingkahlaku. Ibu bapa juga perlu pantau aktiviti Internet anak mereka,” katanya dipetik laporan sebuah portal berita, baru-baru ini.

"Kedua, rakan mereka juga boleh memainkan peranan dalam mengesan perubahan bentuk tingkahlaku mereka. Mereka perlu lapor perkara ini kepada pihak berwajib terutamanya polis untuk siasatan lanjut,” tambahnya yang juga merupakan salah seorang panel sidang Rumah Putih bagi mengatasi keganasan ekstremisme.

Golongan Muda Dipengaruhi Ideologi Songsang ISIS
Foto: Independent

Memetik kenyataan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Amidi Abdul Manan, keluarga dan guru perlu memahami dan mengambil bahagian menjelaskan kepada anak mereka tentang ilmu jihad, atau perjuangan suci, yang bukan semata-mata mengangkat senjata atau menggunakan kekerasan ke atas orang lain.

"Mereka perlu jelas, makna jihad ialah berusaha, dan perlu diamalkan dalam semua aspek kehidupan kita. Jika kita berusaha untuk menjadi orang yang lebih baik, dan memahami Islam, itu sudah jihad.

"Oleh itu, ibu bapa dan guru-guru mesti mengajar ini. Mereka juga perlu memahami tentang semangat remaja dan menanganinya dengan bijak. Remaja cenderung untuk menjadi idealistik dan keras kepala, dan masih dianggap kanak-kanak,” katanya dipetik sebagai berkata.

Selain nama yang bersandarkan Islam, adakah perjuangan “jihad” yang dibawa oleh kumpulan ISIS ini mengikut pendekatan syariat Islam yang betul sehinggakan ramai dalam kalangan umat Islam termasuk rakyat Malaysia terpengaruh dengan seruan kumpulan itu?

Menjawab persoalan tersebut, Ustaz Mohd Mustakim dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ketika dihubungi Malaysian Digest berkata, perjuangan “jihad” yang dibawa kumpulan ISIS secara jelas tidak menunjukkan perjuangan sebenar Islam dari segi akhlak, kefahaman, pendekatan syariat, kasih-sayang serta adab berperang.

Ini kerana, kata Mohd Mustakim, pegangan yang dibawa oleh ISIS adalah bercanggah dengan elemen penting dalam Islam, malah rata-rata ulama seluruh dunia menegaskan bahawa kumpulan ini membawa ajaran salah.

“ISIS yang dimaksudkan dalam Islam bukan sebagaimana yang diuar-uarkan oleh ISIS sekarang – mereka adalah pengganas.

“Ulama seluruh dunia termasuk di Malaysia melalui Jakim juga mengeluarkan fatwa yang menyatakan bahawa golongan ini hanya mempergunakan nama Islam, tetapi mengaplikasikan keganasan seperti golongan Taliban,” katanya.
Ditanya kenapa masih wujud rakyat Malaysia masih berminat menyertai ISIS sedangkan sedia maklum bahawa perjuangan golongan tersebut adalah salah, jelas Mohd Mustakim;

“Mereka yang menyertai ISIS dimomokkan dengan ganjaran syurga atau mati syahid. Individu tersebut biasanya mudah terpengaruh dan kebanyakan yang menyertai adalah dalam kalangan yang kecewa dengan kehidupan termasuk terbabit dalam kegiatan yang bertentangan dengan Islam seperti pelacuran, dadah dan sebagainya. Maka, dengan menyertai ISIS, individu terbabit boleh “berjihad”.”

Memetik kenyataan Persatuan Ulama Sedunia (International Union of Muslim Scholars - IUMS) yang dipengerusikan oleh Sheikh Yusuf Qardawi pada 4 Julai 2014 sebagai berkata, pihaknya menolak pengisytiharan negara Khalifah oleh kumpulan ISIS iaitu sebagai tidak sah, tidak realistik dan tiada sandaran hukum Islam.

IUMS dalam kenyataan tersebut juga memberi amaran bahawa perbuatan ini hanya memberi keuntungan kepada musuh Islam di Iraq dan Syria.

Kerajaan Malaysia Komited Banteras Keganasan - Anda Pula?

Susulan kebimbangan yang timbul mengenai ancaman keganasan di Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berikrar bahawa kerajaan akan terus komited memerangi sebarang bentuk keganasan.

Beliau juga menyatakan komitmen beliau dalam membendung pelampau kaum dan agama.

“Ingin saya tegaskan Malaysia akan terus komited dalam memerangi habis-habisan sebarang bentuk keganasan dan juga sikap perkauman dan keagamaan melampau.

"Ini penting bagi mengekalkan keamanan, keharmonian dan keselamatan di negara ini," tulisnya di laman Facebook beliau.

Bermula tahun ini juga, Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa murid-murid sekolah di Malaysia akan dididik tentang bahaya kumpulan pengganas ISIS menerusi satu modul khas.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Chong Sin Woon, inisiatif tersebut merupakan usahasama Kementerian Pendidikan dan polis, yang akan memperkenalkan siri taklimat bagi para pelajar untuk mendidik mereka tentang ancaman pengganas.

Video dibawah membuktikan kepada seluruh masyarakat dunia termasuk Malaysia, bahawa mereka perlu mengawasi anak masing-masing. Tdak hanya dengan pendidikan, komunikasi, awasi dan dekati anak anda, itu yang penting!

Tahniah. Shahir AF Hantar Rombongan Meminang Erra. Tarikh Kahwin Mereka Telah Pun di Tetapkan. Apa Yang Menarik Adalah Salah 1 Dulang Hantaran Shahir Kepada Erra.. Pelik Tapi Cool !

#Erra Fazira telah mengakui bahawa beliau telah berpunya dan jejaka yang dimaksudkan adalah SHAHIR AF..



Selanjutnya foto hantaran di Tahniah. Shahir AF Hantar Rombongan Meminang Erra. Tarikh Kahwin Mereka Telah Pun di Tetapkan. Apa Yang Menarik Adalah Salah 1 Dulang Hantaran Shahir Kepada Erra.. Pelik Tapi Cool !

[Video] Suami Sebar Kecurangan Isteri di Facebook, Skandal isterinya Ugut Untuk Sebar Video Mereka Jika Tidak Membayarnya RM 100k !


Rahsia suami kantoikan isteri curang dengan lelaki lain terbongkar | BETAPA dunia sekarang sudah semakin ‘dahsyat’ sampai kecurangan antara suami dan isteri pun boleh dimuatnaik ke dalam laman sosial.

Video berkenaan yang bertajuk ‘Ana Tenang Mengaku Terlanjur Dengan Remy’ itu giat dikongsikan secara meluas di laman Facebook yang mana ia mungkin tidak sesuai untuk ditonton mereka yang di bawah umur kerana penggunaan dialog yang agak ‘terus’ tanpa berselindung lapor Mynewshub.
Menerusi video, suami wanita berbaju hitam kebungaan itu yang menamakan dirinya “ayah” bertanya kepada isterinya itu adakah dia menyayangi lelaki yang juga orang ketiga iaitu Remy, dan wanita itu menjawab kerana sudah terlanjur.

“Sebab mak dah terlanjur dah tak boleh balik dengan ayah, terpaksa jugaklah sayang,” kata wanita itu tenang.

Agak berani wanita yang bernama Ana itu menjawab terpaksa sayangkan orang ketiga dek kerana sudah terlanjur akibat melakukkan hubungan seks dengan Remy.

Padahal kalau masih sayangkan suami, pastinya si Ana itu akan insaf dan segera memohon maaf serta merayu keada si suami supaya menerima dirinya kembali.

Nama orang ketiga, Remy pula yang dilihat begitu selamba dan berlagak menjawab bahawa dia pula sukakan Ana tanpa ada rasa bersalah.

Kadang-kadang, manusia apabila sudah lama memendam rasa dan makan hati serta perasaan sudah tiada macam-macam tindakan nekad sanggup dilakukan seperti apa yang berlaku di dalam video ini.

Ramai juga netizen berpendapat suami wanita itu tidak sepatutnya memuatnaik video berkenaan kerana ia hanya akan membuka aib keluarga mereka dan mungkin sebagai pengajaran kepada wanita dan lelaki berkenaan.

Namun, maklumat terbaru yang baru sahaja diterima kami mengatakan si suami kepada wanita curang terbabit itu juga sebenarnya hanya dua kali lima sahaja.
Dikatakan lelaki terbabit mempunyai seorang lagi ‘kekasih gelap’ yang mana si isterinya telah lama mengetahui hal sebenar yang diselindung oleh suaminya.

Apa kata anda? Layakkah si suami mengaibkan isterinya sedangkan dirinya sendiri juga sama-sama telah ‘terbabas’?

5 Artis Wanita Yang Pernah Memuat Naik Foto Menyusukan Anaknya. Apa Motif?

Walaupun sebelum ini gosip mengenai Zaquan Adha curang kepada Ayu Raudah, tapi gosip berkenaan tampaknya tidak langsung menjejaskan keharmonian rumah tangga mereka.

Bagaimana pun beberapa hari ini tercetus satu kontroversi apabila tersebar satu gambar dari Instagram Zaquan Adha.

Seperti biasa gambar itu memaparkan aktiviti Zaquan bersama anak isteri cuma yang menarik perhatian pelbagai komen adalah keadaan Ayu ketika gambar diambil sedang menyusu bayi mereka.
Rata-rata mempertikaikan tindakan Zaquan yang terlalu ghairah memuat naik gambar hingga sanggup berkongsi momen agak peribadi.

Bagaimana pun terdapat sebilangan komen lain terutama wanita membidas mereka yang terlalu memperbesarkan isu ini kerana tiada bahagian sulit badan terdedah cuma mereka yang membayangkan lebih-lebih.

Selanjutnya 5 Artis Wanita Yang Pernah Memuat Naik Foto Menyusukan Anaknya. Apa Motif?
Apa pun pada kami tak salah untuk memberi susu badan pada anak di khalayak ramai kerana kini terdapat banyak pakaian yang direka untuk memudahkan penyusuan di mana sahaja tapi berkongsi gambar ini di laman sosial?



Jangan salahkan lelaki kerana fikiran mereka memang mudah sangat terimaginasi lebih-lebih bila melihat sesuatu.Zaquan patut lebih maklum hal ini kot.

SOURCE

6 Wajah Terkini Perubahan Mengejutkan Vie Santie Harun, Bekas Isteri Pelakon Dato Eizlan Yusof

Umum mengetahui, pelakon terkenal Datuk Eizlan Yusof telah bercerai talak satu dengan bekas isterinya, Vie Santie Harun beberapa bulan lalu atas faktor yang tidak diketahui.

Kisah penceraian pasangan ini memang amat menyedihkan kerana anak-anak sudah pastinya menjadi mangsa. Terbaru, kami terbeliak mata dengan penampilan baru Vie Santie Harun.

Tak sangka kami. WOW !! Jom saksikan 6 keping foto terkini beliau di bawah.

Kredit foto : Beritanew


V




V




V




V




V




V

[6 Foto] Isu Zizan Razak Bercinta Dengan Bekas Isteri Pelakon Dato Eizlan Yusof. Ini Respon Vie Berkenaan Status Cintanya Bersama Zizan


Zizan Razak didakwa bercinta dengan bekas isteri Eizlan Yusof | Pelakon dan pelawak Zizan Razak enggan memberi sebarang komen berhubung gosip terbaharu yang mengaitkan dirinya dengan bekas isteri aktor Datuk Eizlan Yusof iaitu Vie Santie Harun.

6 Wajah Terkini Perubahan Mengejutkan Vie Santie Harun, Bekas Isteri Pelakon Dato Eizlan Yusof

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 32, berkata, tiada sebarang keperluan dia mengulas perkara itu.
“Tiada apa yang saya perlu komen, minta maaf,” katanya ringkas menerusi Whatsappkepada mStar Online pada Ahad.

Terdahulu laporan ruangan gosip sebuah akhbar mingguan menyebut Zizan beberapa kali dilihat keluar bersama dengan wanita berkenaan dan mereka dikatakan mempunyai hubungan istimewa lapor Mstar.
Eizlan dan Vie sah bercerai pada 16 Februari tahun lalu.

Dalam pada itu, ditanya tentang sejauh mana kebenaran gosip berkenaan, Zizan tetap dengan pendiriannya enggan mengulas mengenai perkara itu.

Eizlan dan Vie disahkan bercerai talak satu oleh Mahkamah Syariah Gombak Timur pada 16 Februari tahun lalu.
Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan percerian itu selepas mendapati lafaz cerai yang diucapkan oleh pelakon itu terhadap isterinya pada 28 September 2014 adalah sah.
Dalam perkembangan lain, Zizan berkata, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran filem terbaharunya berjudul Abang Long Fadil 2 terbitan Skop Productions.
Kata Zizan lagi, dia kini sedang sibuk menjalani latihan teater Bikers Kental yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya dari 23 Januari hingga 31 Januari ini.
Selain Zizan, teater itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Awie, Nadia Brian dan Ameerul Affendi.

Akhir Zaman! 'Kembar' 2.6 kg Hidup Dalam Perut Remaja Lelaki 18 Tahun. Lihat Wajah Bayi Yang di Lahirkan

'Kembar' 2.6 kg Hidup Dalam Perut Remaja Lelaki 18 Tahun: Seorang remaja yang sering mengadu sakit perut terkejut selepas diberitahu punca penyakitnya itu adalah disebabkan oleh "kembarnya" yang hidup didalam perutnya sejak dia dilahirkan.

Doktor yang merawat Narendra Kumar, 18, menjumpai janin yang mempunyai 2.6 kg jisim tulang, rambut serta gigi di dalam abdomen remaja itu.

Menurut doktor Hospital Swaroop Narayan di utara India di Uttar Pradesh, Dr Rajeev Singh berkata, ia telah hidup seperti parasit dalam badan remaja berkenaan sejak dia dilahirkan.

"Keadaan tersebut berlaku ketika peringkat awal kehamilan kembar apabila salah satu fetus memasuki fetus yang lain melalui tali pusat.
"Ia menjadi parasit dan akan 'hidup' di dalam kembar yang lagi satu," katanya dipetik MailOnline.

Narendra menderita sakit dan sering muntah-muntah malah turut hilang berat badan sejak bertahun lalu namun keluarganya gagal mengetahui punca mengapa berlaku demikian.

Perkara itu hanya diketahui selepas doktor melakukan pembedahan pada Isnin dan menemui janin tersebut yang menjadi punca penyakitnya itu.

Sementara itu, bapa remaja itu, Prem Chandra berkata, dia berasa lega kerana penyakit anaknya itu sembuh.

"Ia telah menyeksanya sejak bertahun dulu dan kini telah dibuang. Saya berasa lega dan kini dia boleh ke sekolah dan mampu menjalani kehidupan seperti biasa," ujarnya.

Awas ! Patung Di Cucuk Jarum Di Tanam Di Halaman Rumah. 2 Mangsa Terkena. Lihat Video Kesan dari 'Patung Puaka' Tersebut di Dalam

Patung Di Cucuk Jarum Di Tanam Di Halaman Rumah: Tempoh hari saya ada buat rawatan pagar sebuah kediaman di kawasan Jengka, Pahang bagi masalah suami isteri dan keluarga yang sering bergaduh, panas berada dirumah, sakit di bahagian sendi-sendi, sukar tidur malam, sering nampak kelibat2 didalam rumah, Hari ni dikejutkan oleh tuan rumah, penemuan patung dicucuk jarum seperti manusia dan bungkusan berwarna hitam berisi tanah mungkin (Tanah Kubur), penemuan ini dihalaman rumah beliau.

Allahuakbar, Subahanallah, masih ada lagi manusia yang bertopengkan syaitan..bertaubatla, bertaubatla, bertaubatla kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.
Wah..Saksikan Trailer Fast 8 Ini. Watak Paul di Hidupkan "Semula" dari Lokasi Beliau Mati Kemalangan. Sedih Dalam Gembira.

Wah..Saksikan Trailer Fast 8 Ini. Watak Paul di Hidupkan "Semula" dari Lokasi Beliau Mati Kemalangan. Sedih Dalam Gembira.

Kita akan lihat bulan keempat tahun depan Tunjukkan Bahagian VIII siri filem Speed ​​Tanah Vuors Fast - Fast & Furious di dewan pawagam dunia , InsyaAllah. Ia seolah-olah bahawa bintang American Vin Diesel , berusia 48 tahun Mtmahs kebiasaan untuk sebahagian kelapan siri ini, yang mula dikemukakan sejak tahun 2001 dan masih berterusan , yang membawa beliau untuk menerbitkan imej pertama filem Fast Tchouqh Tanah Vuors 8 Alanstaqram lokasi beliau sendiri . 

Video Trailer pra tonton Fast Furious 8 boleh dilihat di SINI

Dan akan memulakan tayangan peristiwa Fast & Furious 8 tepat di 14 April 2017 , menurut maklumat rasmi yang disediakan kepada pasukan kami dalam orang-orang Arab GT, ia telah difilemkan filem ini di New York City , Amerika Syarikat.
Ia adalah bernilai menyebut bahawa ini bukan filem terakhir Puasa Tanah Vuors siri, ia dijangka menggambarkan dua bekas Faqaltsrih lain yang dibuat oleh pelakon terkenal Vin Diesel, yang dibintangi peranan dalam filem ini. Melibatkan dihormati orang-orang Arab yang mengikuti GT kami 

Adakah anda fikir kesinambungan siri ini akan mencapai keuntungan yang dicapai oleh Bahagian VII ? Yang didokumenkan post yang lepas , seperti Paul Walker , yang meninggal dunia dalam kemalangan yang malang pada akhir tahun 2013 .